Jumaat, 1 Julai 2011

SEKAPUR SIREH



SEKAPUR SIREH PENGERUSI JKKK JALAN TEKUKUR


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM....
ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
SALAM 1 MALAYSIA & SALAM 1 TERENGGANU



Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya maka dapatlah pihak JKKK Jalan Tekukur melancarkan "Blog JKKK Jalan Tekukur”.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada AJK JKKK Jalan Tekukur kerana dengan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh telah berjaya menyiapkan Blog JKKK Jalan Tekukur. Blog ini mengandungi data terkini dan tepat mengenai pelbagai maklumat mengenai kampung dan kependudukannya. Di dalamnya  juga terdapat maklumat mengenai aktiviti-aktiviti JKKK bersama penduduk kampung dan juga catatan sejarah untuk tatapan generasi akan datang. Ia merupakan satu dokumentasi media maya rasmi JKKK Jalan Tekukur.

JKKK Jalan Tekukur merupakan sebuah komuniti yang telah berfungsi dengan berkesan hasil daripada komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh kepimpinannya. Kerjasama, perpaduan dan persefahaman daripada penduduk kampung amatlah dibanggakan walaupun JKKK Jalan Tekukur berada dalam Bandar, Bandaraya Kuala Terengganu.

Saya bagi pihak JKKK Jalan Tekukur mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Penghulu Mukim Bandar, Encik Mohd Zamari bin Abu Zih yang tidak jemu-jemu memberi idea, semangat serta tunjuk ajar dalam mewujudkan Blog JKKK Jalan Tekukur ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua agensi kerajaan terutamanya Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Ladang, Agensi swasta, NGO serta semangat permuafakatan semua penduduk kampung dalam mengadakan Blog JKKK ini.
Semoga dengan kerjasama dan komitmen ini, Jalan Tekukur akan bertambah maju dan lebih dikenali di mata dunia, InsyaAllah...

"JKKK JALAN TEKUKUR, KAMPUNG DALAM BANDAR"
Sekian, terima kasih.
HAJAH ARPAH BINTI OTHMAN
Pengerusi JKKK Jalan Tekukur
Kuala Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan