Rabu, 8 Ogos 2012

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 55 "JANJI DITEPATI"

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 55...  "JANJI DITEPATI".
Tahun 2012 merupakan tahun yang paling bermakna buat warga & JKKK Jalan Tekukur kerana telah terpilih menyertai Pertandingan Kampung Merdeka / Anugerah Desa Sejahtera yang dianjurkan buat pertama kali oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Sejak terpilih, pihak JKKK dan seluruh warga kampung kini begitu rancak menghiasi kampung dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah-rumah kediaman, kenderaan dan lapangan strategik di sekitar kampung.

Tujuan utama pertandingan ini adalah bagi menyemarakkan perpaduan di kalangan penduduk kampung yang berbilang kaum dan agama sempena bulan kemerdekaan. Pertandingan bermula 4 – 12 Ogos 2012, dan 13 Ogos 2012 merupakan majlis penilaian panel hakim pertandingan Kampung Merdeka / Anugerah Desa Sejahtera bagi JKKK Jalan Tekukur. Semoga JKKK Jalan Tekukur beroleh kejayaan dalam pertandingan ini, InsyaAllah...