Jumaat, 1 Julai 2011

KENALI KAMPUNG

JKKK JALAN TEKUKUR berada di bawah Pentadbiran Mukim Bandar,  dalam Daerah Kuala Terengganu. Ia terletak dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang dan di bawah Parlimen Kuala Terengganu. Jaraknya hanya 2 KM sahaja dari pusat bandaraya Kuala Terengganu. Kedudukannya amat strategik dan dikelilingi oleh segala kemudahan awam yang ada di Bandaraya Kuala Terengganu seperti sekolah rendah, sekolah menengah, kolej-kolej, ibu pejabat polis, hospital, klinik-klinik swasta dan kedai-kedai runcit.
Kedudukan Jalan Tekukur adalah istimewa kerana ianya terletak bersebelahan dengan Jalan Pusara di mana di situ terdapat tanah perkuburan orang Islam, perkuburan orang Kristian, perkuburan orang Hindu, perkuburan orang Vietnam dan perkuburan orang Jepun dan yang terbesar adalah Jirat China.
Jalan Tekukur ini dikenali sebagai "Kampung Dalam Bandar".

 PEMANDANGAN JKKK JALAN TEKUKUR DARI UDARA (GOOGLE EARTH)
PETA LOKASI JKKK JALAN TEKUKUR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan