Selasa, 31 Januari 2012

LAWATAN BERMAKLUMAT JKKK JALAN TEKUKUR KE KAMPUNG JOHAN ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN PDKT

29 Januari hingga 31 Januari 2012, JKKK Jalan Tekukur bersama 2 lagi JKKK iaitu JKKK Bukit Nenasi dan JKKK Gong Lingai, Batu Rakit telah menyertai lawatan bermaklumat anjuran PDKT ke Kampung-kampung Johan Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Kebangsaan iaitu antaranya Kampung Permatang Duku, Benut, Pontian, Johor merupakan Johan Anugerah Desa Cemerlang Tahun 2010. Dalam lawatan, rombongan JKKK PDKT telah dibawa melawat Homestay, projek ekonomi JKKK serta projek ekonomi penduduk kampung Permatang Duku. Antaranya projek Lembu Fidlot, Ayam Kampung, Projek Kolam Ikan Keli, Bengkel Kerepek serta Bengkel Membuat Tempe iaitu makan tradisional Jawa. Mini golf merupakan satu daya tarikan yang menarik di Kg. Permatang Duku. Banyak terdapat arca-arca dan model-model bangunan popular di negara kita dibina oleh penduduk kampung seperti Menara Kuala Lumpur dan menara KLCC serta tugu JKKK Permatang Duku.

Rombongan JKKK juga dibawa melawat ke Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang Melaka (PARUJAS) yang merupakan Johan Anugerah Desa Cemerlang Tahun 2008. Badan Muafakat Duit Daging merupakan satu kelab / unit pertubuhan yang menarik yang ditubuhkan oleh PARUJAS sejak sekian lama.











Selasa, 10 Januari 2012

Majlis Diskusi Bajet 2012 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman

10 Januari 2012 (Selasa), JKKK Jalan Tekukur telah mendapat jemputan untuk menghadiri Majlis Diskusi Bajet 2012 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu yang diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. Pengerusi JKKK, Timbalan Pengerusi JKKK, Setiausaha JKKK serta AJK JKKK telah hadir dalam majlis ilmu tersebut. Sessi ucaptama telah disampaikan oleh Y.A.B Dato' Seri Hj Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu Darul Iman.





Isnin, 9 Januari 2012

Ziarah Cakna JKKK Jalan Tekukur Bersama Pengarah Penerangan Negeri Terengganu

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Puan Hajah Azizah binti Awang bersama dengan Pengerusi JKKK Puan Hajah Arpah binti Othman beserta AJK JKKK Jalan Tekukur telah menziarahi dan memberi zakat kepada penduduk yang uzur dan miskin di dalam kawasan pentadbiran JKKK Jalan Tekukur.

Program ini dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk dengan JKKK dan agensi kerajaan. Program sebegini akan terus dan sentiasa diadakan oleh JKKK bagi memastikan kebajikan warga kampung sentiasa terbela dan tidak tersisih.








Jumaat, 6 Januari 2012

PROGRAM GOTONG-ROYONG MINGGUAN JKKK (SETIAP HARI JUMAAT)

Walaupun suasana redup, hujan rintik-rintik ataupun hujan lebat mahupun cuaca panas, penduduk perumahan Jalan Tekukur tetap keluar bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar balairaya, sekitar jalan utama taman dan taman perumahan. Adakalanya JKKK menjemput pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk turut serta dalam program gotong-royong mingguan JKKK.

Aktiviti gotong-royong mingguan ini diadakan pada setiap hari Jumaat dan ianya lebih tertumpu kepada kebersihan dan keceriaan seperti menanam pokok bunga, pokok pinang, menyusun batu-batu, mengecat batu-batu dan kerek pokok bunga serta memotong rumput di sepanjang jalan.

Kawasan Jalan Tekukur sekarang ini semakin ceria dengan adanya program gotong-royong mingguan yang telah bermula pada bulan September tahun lepas iaitu selepas Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2011. Program gotong-royong mingguan sebegini akan sentiasa diadakan bagi memastikan kawasan Jalan Tekukur sentiasa bersih, ceria dan kondusif.








 











Rabu, 4 Januari 2012

PENGAGIHAN DANA BANTUAN PAKAIAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2012

04 Januari 2012 (Rabu), Satu majlis Pengagihan Dana Bantuan Pakaian Sekolah telah diadakan di Balairaya JKKK Jalan Tekukur. Pengagihan bantuan ini mengikut Peti Undi iaitu Peti Undi Jalan Tekukur, DUN Ladang. JKKK yang terlibat adalah JKKK Jalan Tekukur dan JKKK Ladang Sihat.


Pegawai Pembangunan Dun Ladang, Dato' Wan Hisham telah hadir menyempurnakan majlis tersebut. Seramai 122 orang penerima telah menerima Dana Bantuan Pakaian Sekolah  tersebut. Dana Bantuan Pakaian Sekolah tersebut diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah untuk membeli pakaian dan keperluan persekolahan anak-anak.


Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga hadir untuk membuat liputan dan penggambaran dan liputan majlis tersebut akan disiarkan di televisyen RTM 1 -slot Berita Wilayah pada jam 5 petang pada 5 Januari 2012.