Sabtu, 24 Disember 2011

PROGRAM BUBUR ASYURA JKKK JALAN TEKUKUR BERSAMA PENDUDUK

24 Disember 2011 (Sabtu), Satu Program mengacau bubur asyura oleh JKKK Jalan Tekukur bersama penduduk jalan tekukur sempena menyambut Awal Muharam telah diadakan di Balairaya JKKK Jalan Tekukur.

Pegawai Pembangunan Dun Ladang, Dato' Wan Hisham bin Dato’ Wan Salleh, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu serta Ketua Cawangan UMNO Jalan Tekukur turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Bubur-bubur asyura tersebut diagihkan kepada semua penduduk setempat. Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga hadir untuk membuat liputan mengenai aktiviti kemasyarakatan JKKK Jalan Tekukur bersama penduduk Jalan Tekukur melalui siaran radio Terengganu FM.

Program kemasyarakatan ini ternyata berjaya merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk yang telah lama terjalin.














Ahad, 18 Disember 2011

PROGRAM BUBUR ASSYURA KRT JALAN SULTAN OMAR BERSAMA JKKK JALAN TEKUKUR

17 Disember 2011, Program gotong-royong membuat Bubur Assyura telah dianjurkan oleh KRT Jalan Sultan Omar bersama JKKK Jalan Tekukur yang mana bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara Ahli KRT dan JKKK Jalan Tekukur serta seluruh penduduk Jalan Tekukur. Pengerusi KRT Jalan Sultan Omar iaitu Encik Badrol Hisham bin Haji Zaki berbangga kerana program ini mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada penduduk dan ini membuktikan komuniti dalam kawasan bandaraya juga boleh hidup bermuafakat. Bubur assyura ini diagihkan kepada semua penduduk dalam kawasan JKKK Jalan Tekukur. Turut hadir memeriahkan program ialah Pengerusi JKKK Jalan Tekukur iaitu Puan Hajah Arpah binti Othman.







Selasa, 6 Disember 2011

MALAM ANUGERAH KECEMERLANGAN JKKK DAERAH KUALA TERENGGANU TAHUN 2011

05 Disember 2011, bertempat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man telah berlangsung MAJLIS MALAM ANUGERAH KECEMERLANGAN JKKK DAERAH KUALA TERENGGANU TAHUN 2011 yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kuala Terengganu (PDKT). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Tuan Haji Wan Nawawi bin Wan Ismail. 

Dalam majlis tersebut, JKKK Jalan Tekukur dalam Mukim Bandar telah terpilih sebagai JKKK Cemerlang (Saguhati) antara 23 JKKK daripada 292 JKKK keseluruhan dalam Daerah Kuala Terengganu. JKKK Jalan Tekukur diterajui oleh Puan Hajah Arpah binti Othman, iaitu seorang Pengerusi JKKK wanita. 

JKKK Bukit Wan, Batu Rakit telah dinobatkan sebagai JKKK Paling Cemerlang (Tempat Pertama), dalam Daerah Kuala Terengganu. Tempat Kedua JKKK Padang Midin dan Tempat Ketiga JKKK Teluk Ketapang. JKKK Pejabat Bandaran yang merupakan JKKK dalam Mukim Bandar juga terpilih sebagai JKKK Cemerlang (Saguhati).

Semoga dengan anugerah ini, JKKK Jalan Tekukur akan terus bersemangat dan terus aktif untuk memajukan kampung Jalan Tekukur...
"Kampung Dalam Bandar"
 
Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu menyampaikan ucapan
Pengerusi JKKK Jalan Tekukur menerima Sijil Penghargaan
dan Cek daripada Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu
Pengerusi JKKK Jalan Tekukur dan Setiausaha bergambar kenangan bersama Tuan Pegawai Daerah, PP DUN Bukit Tunggal, Penghulu Kanan dan Penghulu Bandar
 Menikmati hidangan jamuan makan malam selepas majlis penganugerahan
 Dato' Pegawai Pembangunan Dun Ladang, Dato' Wan Hisham bin Dato' Wan Salleh 
menikmati hidangan bersama Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu
 JKKK Pejabat Bandaran, JKKK Bandar / Kg. Cina dan JKKK Cherong Lanjut bergambar bersama Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan Penghulu Bandar
Turut menyerikan majlis, Penghulu Tinggi, Tuan Haji Ismail bin Zainal
Pengerusi JKKK Jalan Tekukur bergambar kenangan bersama Y.B ADUN Batu Rakit, Penghulu Kanan, Penghulu Bandar, Pengerusi dan Setiausaha JKKK Bukit Wan
 Pengerusi JKKK Jalan Tekukur sempat lagi berkaraoke bersama rakan-rakan
Backdrop Majlis Malam Anugerah Kecemerlangan JKKK
Daerah Kuala Terengganu Tahun 2011

Isnin, 7 November 2011

MAJLIS HARI RAYA KORBAN 1432H

Pada hari  Ahad  (6 Nov 2011) bersempena Sambutan Hari Raya Korban 1432H, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jalan Tekukur telah mengadakan majlis korban secara bergotong royong dengan penduduk setempat. Dalam majlis ini sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan. Kehadiran penduduk kampung amatlah membanggakan.






Jumaat, 30 September 2011

LAWATAN MUHIBBAH JKKK JALAN TEKUKUR KE KAMPUNG BUKIT WAN, BATU RAKIT

30 September 2011- JKKK Jalan Tekukur telah mengadakan satu Lawatan Muhibbah Ke Kg. Bukit Wan, Batu Rakit. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi idea, ilmu dan maklumat mengenai kejayaan Kg. Bukit Wan dalam  Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2010 (Kategori Luar Kawasan Operasi PBT) yang lalu. 

Rombangan ini disertai seramai 35 orang yang terdiri dari AJK JKKK Jalan tekukur dan penduduk kampung terpilih. Rombongan ini tiba tepat jam 3.30 petang yang telah diketuai oleh Pengerusi JKKK Jalan Tekukur, Puan Hajah Arpah binti Othman bersama Penghulu Mukim Bandar iaitu Encik Mohd Zamari bin Abu Zih yang merupakan mantan Penghulu Mukim Batu Rakit yang pernah menyelia JKKK Bukit Wan. Rombongan ini turut disertai Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu iaitu Encik Badrul Hisham bin Haji Zaki. Turut hadir dalam program ini ialah Penghulu Kanan dan Penghulu Mukim Batu Rakit.

Dalam lawatan ini, peserta rombongan dari JKKK Jalan Terkukur telah diberikan pelbagai taklimat mengenai cara bagaimana hendak menimbulkan rasa muafakat dikalangan para penduduk. Tayangan video mengenai sejarah kampung, sikap kerjasama para penduduk dan kemenangan Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kampung turut dipertontonkan. Rombongan turut dibawa melawat sekitar Kg. Bukit Wan iaitu lawatan ke kilang roti, bengkel membuat ragi, Taman Herba JKKK dan projek ternakan ayam serama. Lawatan ini berakhir pada jam 6.30 petang. Semoga JKKK Jalan Tekukur dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan idea yang diperolehi di Kg. Bukit Wan dalam menghadapi Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2011 (Kategori Dalam Kawasan Operasi PBT), InsyaAllah.