Jumaat, 6 Januari 2012

PROGRAM GOTONG-ROYONG MINGGUAN JKKK (SETIAP HARI JUMAAT)

Walaupun suasana redup, hujan rintik-rintik ataupun hujan lebat mahupun cuaca panas, penduduk perumahan Jalan Tekukur tetap keluar bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar balairaya, sekitar jalan utama taman dan taman perumahan. Adakalanya JKKK menjemput pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk turut serta dalam program gotong-royong mingguan JKKK.

Aktiviti gotong-royong mingguan ini diadakan pada setiap hari Jumaat dan ianya lebih tertumpu kepada kebersihan dan keceriaan seperti menanam pokok bunga, pokok pinang, menyusun batu-batu, mengecat batu-batu dan kerek pokok bunga serta memotong rumput di sepanjang jalan.

Kawasan Jalan Tekukur sekarang ini semakin ceria dengan adanya program gotong-royong mingguan yang telah bermula pada bulan September tahun lepas iaitu selepas Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2011. Program gotong-royong mingguan sebegini akan sentiasa diadakan bagi memastikan kawasan Jalan Tekukur sentiasa bersih, ceria dan kondusif.








 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan