Pegawai Pembangunan Dun Ladang, Dato' Wan Hisham bin Dato’ Wan
Salleh, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu serta Ketua Cawangan UMNO
Jalan Tekukur turut hadir memeriahkan majlis tersebut.
Bubur-bubur asyura tersebut diagihkan kepada semua penduduk
setempat. Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga hadir untuk membuat liputan mengenai
aktiviti kemasyarakatan JKKK Jalan Tekukur bersama penduduk Jalan Tekukur
melalui siaran radio Terengganu FM.
Program kemasyarakatan ini ternyata berjaya merapatkan lagi
hubungan silaturrahim antara penduduk yang telah lama terjalin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan