Ahad, 5 Februari 2012

PERARAKAN DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H / 2012M

05 Februari 2012 (Ahad), JKKK Jalan Tekukur Mukim Bandar telah turut serta menghantar kontijen untuk menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1433H / 2012M Peringkat Negeri Terengganu.


Perarakan kontijen JKKK bermula dari Dataran Shahbandar menuju ke Stadium Negeri iaitu lebih kurang 2.5 KM. Majlis bermula Sejak jam 7.30 pagi lagi. Semua JKKK di bawah Mukim Bandar telah menyertai Perarakan dan Sambutan Maulidur Rasul. 282 JKKK Daerah Kuala Terengganu telah menyertai Perarakan bagi Kategori JKKK. JKKK Undang telah menjadi Johan Perarakan, tempat Kedua JKKK Kg. Laut dan tempat Ketiga JKKK Wakaf Mempelam. JKKK Jalan Tekukur juga mendapat Saguhati dalam Perarakan Maulidur Rasul ini. Tahniah diucapkan kepada JKKK pemenang.


Di Stadium Negeri, majlis sambutan Maulidur Rasul 1433H / 2012M Peringkat Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU.


MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMPERBANYAKKAN SALAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W, SEMOGA KITA SEMUA AKAN MENDAPAT RAHMAT DAN SYAFAAT DARIPADA NYA...


“SALAM MAULIDUR RASUL”...

“Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”


  




Tiada ulasan:

Catat Ulasan