Khamis, 1 Mac 2012

MAJLIS PENGHAKIMAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAMPUNG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2011/2012



01 MAC 2012 (KHAMIS), JKKK JALAN TEKUKUR, MUKIM BANDAR TELAH DIKUNJUNGI OLEH ROMBONGAN PANEL HAKIM BAGI MENILAI PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAMPUNG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2011/2012, KATEGORI DALAM KAWASAN OPERASI PBT. PANEL HAKIM PERTANDINGAN ADALAH DARI PELBAGAI JABATAN / AGENSI KERAJAAN IAITU DARI JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU (JHEAT), JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI TERENGGANU (JPP), JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI TERENGGANU (JPS), JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU (KEMAS), JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU DAN DARI JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA NEGERI TERENGGANU (JPBD).








ROMBONGAN HAKIM PERTANDINGAN TIBA TEPAT JAM 11.15 PAGI DI HADAPAN SURAU JALAN TEKUKUR. SEBELUM ITU, ROMBONGAN HAKIM PERTANDINGAN DISAMBUT DAN DIIRINGI OLEH KONVOI VESPA ANTIK HINGGA KE SURAU JALAN TEKUKUR. DI HADAPAN SURAU, ROMBONGAN HAKIM PERTANDINGAN DISAMBUT PULA OLEH BARISAN AJK JKKK JALAN TEKUKUR BERSAMA PENGHULU MUKIM BANDAR. DARI SURAU, BARISAN PANEL HAKIM DIIRINGI DENGAN ALUNAN SELAWAT HINGGA KE BALAIRAYA JALAN TEKUKUR. TIBA DI BALAIRAYA, DISAMBUT PULA DENGAN PALUAN KOMPANG SETERUSNYA GIMIK MELEPASKAN BURUNG TEKUKUR, BURUNG YANG MENJADI SIMBOLIK NAMA “JALAN TEKUKUR” OLEH BARISAN PANEL HAKIM PERTANDINGAN.

 
SEBELUM PEMBENTANGAN DAN PENGHAKIMAN DIMULAKAN, KOIR LAGU “JALAN TEKUKUR KEBANGGAANKU” DISAMPAIKAN OLEH KUMPULAN KOIR JALAN TEKUKUR. SLIDSHOW  JALAN TEKUKUR DITAYANGKAN UNTUK GAMBARAN AWAL MENGENAI JALAN TEKUKUR HARI INI.

SELEPAS BACAAN DOA, UCAPAN ALUAN PENGERUSI JKKK DAN TAKLIMAT RINGKAS OLEH URUSETIA PERTANDINGAN SUK, PEMBENTANGAN DARI JKKK JALAN TEKUKUR BERMULA. PEMBENTANGAN BERTENAGA TELAH DISAMPAIKAN OLEH CIK WAN NURUL HIKMAT BINTI WAN IBRAHIM, AJK JKKK JALAN TEKUKUR YANG JUGA MENGETUAI BIDANG PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT JKKK JALAN TEKUKUR. SELEPAS SELESAI PEMBENTANGAN, SESI SOAL JAWAB BERMULA.




 

 SELEPAS SESI SOAL JAWAB, PANEL HAKIM DIBAWA MELAWAT PAMERAN DAN DEMOSTRASI MAKANAN SERTA KRAFTANGAN HASIL PRODUK ANAK TEMPATAN JALAN TEKUKUR DI HADAPAN BALAIRAYA. KEMUDIAN PANEL HAKIM DIJAMU DENGAN “NASI ARAB” IAITU NASI YANG CUKUP SINONIM DENGAN JALAN TEKUKUR YANG DIMASAK KHAS OLEH PENGERUSI JKKK JALAN TEKUKUR SENDIRI IAITU PUAN HAJAH ARPAH BINTI OTHMAN.










SELEPAS MENJAMU SELERA DAN SOLAT ZOHOR DI SURAU JALAN TEKUKUR, PANEL HAKIM DIBAWA MELAWAT KE BENGKEL KELAB WAU JALAN TEKUKUR, RUMAH CONTOH -RUMAHKU SYURGAKU, TAMAN REKREASI RIMBA, TAMAN REKREASI MINI AGRO SERTA TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK JALAN TEKUKUR. TAMAN-TAMAN INI CUKUP POPULAR BAGI WARGA JALAN TEKUKUR BERIADAH TERUTAMA PADA WAKTU PETANG. TEPAT JAM 3.30 PETANG, MAKA SELESAI MAJLIS PENGHAKIMAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAMPUNG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2011/2012, KATEGORI DALAM KAWASAN OPERASI PBT BAGI JKKK JALAN TEKUKUR, MUKIM BANDAR.  









TURUT HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS, DATO' WAN HISHAM BIN DATO' WAN SALLEH -PEGAWAI PEMBANGUNAN DUN LADANG, TUAN HAJI ISMAIL -PEGAWAI PEMBANGUNAN DUN BUKIT TUNGGAL, PENGHULU TINGGI, PENGHULU KANAN, PENGHULU BANDAR, PENGHULU MUKIM BUKIT BESAR (GONG TOK NASEK), PENGHULU MUKIM GELUGOR RAJA / KUBANG PARIT, PENGHULU MUKIM KEPONG / SERADA, PENGERUSI DAN AJK JKKK CHE KUNDUR / LORONG HAJI DA.

ALHAMDULILLAH, MAJLIS BERJALAN LANCAR SEPERTI YANG DIRANCANG DAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG MEMBERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA KAMI... ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH TANGGUNGJAWAB YANG DIGALAS UNTUK PERTANDINGAN INI.... SEMOGA KITA TERUS MENJAGA KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN KAMPUNG KITA, “KAMPUNG DALAM BANDAR”... TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DARI KAMI JKKK JALAN TEKUKUR...  TERIMA KASIH WARGA JALAN TEKUKUR, WARGA KAMPUNG DALAM BANDAR... TERIMA KASIH DAUN KELADI.....  (LAGI GAMBAR MENARIK DI FACEBOOK LAMAN TEKUKUR... )