Selasa, 28 Februari 2012
Ahad, 5 Februari 2012
PERARAKAN DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H / 2012M
telah disempurnakan oleh KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU.
MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMPERBANYAKKAN SALAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W, SEMOGA KITA SEMUA AKAN MENDAPAT RAHMAT DAN SYAFAAT DARIPADA NYA...
“SALAM MAULIDUR RASUL”...
“Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”
Jumaat, 3 Februari 2012
SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W 1433H / 2012M
JKKK JALAN
TEKUKUR MENGUCAPKAN “SALAM MAULIDUR RASUL”
BUAT SEMUA UMAT ISLAM. RENUNGAN,12 RABIULAWAL
UMAT ISLAM MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN JUNJUNGAN BESAR KITA, NABI MUHAMMAD S.A.W.
BAGINDA DIUTUSKAN OLEH ALLAH SWT
BAGI MEMBAWA UMATNYA KE JALAN YANG MULIA, JALAN YANG DIBERKATI ALLAH SWT.
SEMOGA HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD
S.A.W. DAPAT DIHAYATI DENGAN PENUH KEINSAFAN DAN KASIH SAYANG TERHADAP
JUNJUNGAN BESAR KITA.
SABDA
NABI MUHAMMAD S.A.W, “BARANG
SIAPA YANG MEMBESARKAN HARI KELAHIRANKU NESCAYA AKU AKAN MENJADI PENDORONGNYA
PADA HARI KIAMAT DAN BARANG SIAPA MEMBELANJAKAN MAJLISKU SEUMPAMA MEMBELANJAKAN
EMAS SEBANYAK SEBUAH GUNUNG UNTUK AGAMA ALLAH”.
DARIPADA SABDA DI
ATAS, DAPAT KITA FAHAMI SETIAP YANG KITA LAKUKAN DAN KORBANKAN KE JALAN ALLAH
SWT., TERUTAMA APABILA KITA MENGINGATI DAN MEMULIAKAN KEKASIH NYA, NESCAYA AKAN
MENDAPAT BALASAN YANG SANGAT BESAR DI SISI ALLAH.
JANGAN BIARKAN KEDATANGAN HARI BERSEJARAH
KEPUTERAAN RASULULLAH BERLALU BEGITU SAHAJA YANG SEBAIKNYA DIISI DENGAN MAJLIS
AGAMA. BETAPA BESARNYA PENGORBANAN BAGINDA UNTUK MENEGAKAN SYIAR ISLAM DI
SELURUH PELOSOK DUNIA INI.
Sama-samalah
kita menyerikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1433H / 2012M Peringkat Negeri Terengganu yang akan
disempurnakan oleh KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU pada 05
FEBRUARI 2012 (AHAD), DI STADIUM NEGERI, KUALA TERENGGANU.
MARILAH
KITA SAMA-SAMA MEMPERBANYAKKAN SALAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W, SEMOGA KITA
SEMUA AKAN MENDAPAT RAHMAT DAN SYAFAAT DARIPADA NYA...
“SALAM
MAULIDUR RASUL”...
“Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”
Langgan:
Catatan (Atom)