Rombongan JKKK juga dibawa melawat ke Kampung Paya Rumput Jaya,
Sungai Udang Melaka (PARUJAS) yang merupakan Johan Anugerah Desa Cemerlang Tahun
2008. Badan Muafakat Duit Daging merupakan satu kelab / unit pertubuhan yang
menarik yang ditubuhkan oleh PARUJAS sejak sekian lama.
Selasa, 31 Januari 2012
LAWATAN BERMAKLUMAT JKKK JALAN TEKUKUR KE KAMPUNG JOHAN ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN PDKT
29 Januari hingga 31 Januari 2012, JKKK Jalan Tekukur bersama 2
lagi JKKK iaitu JKKK Bukit Nenasi dan JKKK Gong Lingai, Batu Rakit telah
menyertai lawatan bermaklumat anjuran PDKT ke Kampung-kampung Johan
Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Kebangsaan iaitu antaranya
Kampung Permatang Duku, Benut, Pontian, Johor merupakan Johan Anugerah Desa
Cemerlang Tahun 2010. Dalam lawatan, rombongan JKKK PDKT telah dibawa melawat
Homestay, projek ekonomi JKKK serta projek ekonomi penduduk kampung Permatang
Duku. Antaranya projek Lembu Fidlot, Ayam Kampung, Projek Kolam Ikan Keli,
Bengkel Kerepek serta Bengkel Membuat Tempe iaitu makan tradisional Jawa. Mini
golf merupakan satu daya tarikan yang menarik di Kg. Permatang Duku. Banyak
terdapat arca-arca dan model-model bangunan popular di negara kita dibina oleh
penduduk kampung seperti Menara Kuala Lumpur dan menara KLCC serta tugu JKKK Permatang Duku.
Selasa, 10 Januari 2012
Majlis Diskusi Bajet 2012 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman
10 Januari 2012 (Selasa), JKKK Jalan Tekukur telah mendapat
jemputan untuk menghadiri Majlis Diskusi Bajet 2012 anjuran Kerajaan Negeri
Terengganu yang diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. Pengerusi JKKK,
Timbalan Pengerusi JKKK, Setiausaha JKKK serta AJK JKKK telah hadir dalam
majlis ilmu tersebut. Sessi ucaptama telah disampaikan oleh Y.A.B Dato' Seri Hj
Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu Darul Iman.
Isnin, 9 Januari 2012
Ziarah Cakna JKKK Jalan Tekukur Bersama Pengarah Penerangan Negeri Terengganu
Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Puan Hajah Azizah
binti Awang bersama dengan Pengerusi JKKK Puan Hajah Arpah binti Othman beserta
AJK JKKK Jalan Tekukur telah menziarahi dan memberi zakat kepada penduduk yang
uzur dan miskin di dalam kawasan pentadbiran JKKK Jalan Tekukur.
Program ini dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk dengan JKKK dan agensi kerajaan. Program sebegini akan terus dan sentiasa diadakan oleh JKKK bagi memastikan kebajikan warga kampung sentiasa terbela dan tidak tersisih.
Program ini dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk dengan JKKK dan agensi kerajaan. Program sebegini akan terus dan sentiasa diadakan oleh JKKK bagi memastikan kebajikan warga kampung sentiasa terbela dan tidak tersisih.
Jumaat, 6 Januari 2012
PROGRAM GOTONG-ROYONG MINGGUAN JKKK (SETIAP HARI JUMAAT)
Walaupun suasana redup, hujan rintik-rintik ataupun hujan lebat mahupun cuaca panas, penduduk perumahan Jalan Tekukur tetap keluar bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar balairaya, sekitar jalan utama taman dan taman perumahan. Adakalanya JKKK menjemput pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk turut serta dalam program gotong-royong mingguan JKKK.
Aktiviti gotong-royong mingguan ini diadakan pada setiap hari Jumaat dan ianya lebih tertumpu kepada kebersihan dan keceriaan seperti menanam pokok bunga, pokok pinang, menyusun batu-batu, mengecat batu-batu dan kerek pokok bunga serta memotong rumput di sepanjang jalan.
Kawasan Jalan Tekukur sekarang ini semakin ceria dengan adanya program gotong-royong mingguan yang telah bermula pada bulan September tahun lepas iaitu selepas Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2011. Program gotong-royong mingguan sebegini akan sentiasa diadakan bagi memastikan kawasan Jalan Tekukur sentiasa bersih, ceria dan kondusif.
Rabu, 4 Januari 2012
PENGAGIHAN DANA BANTUAN PAKAIAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2012
04 Januari 2012 (Rabu), Satu majlis Pengagihan Dana Bantuan Pakaian
Sekolah telah diadakan di Balairaya JKKK Jalan Tekukur. Pengagihan bantuan ini
mengikut Peti Undi iaitu Peti Undi Jalan Tekukur, DUN Ladang. JKKK yang
terlibat adalah JKKK Jalan Tekukur dan JKKK Ladang Sihat.
Pegawai Pembangunan Dun Ladang, Dato' Wan Hisham telah hadir menyempurnakan
majlis tersebut. Seramai 122 orang penerima telah menerima Dana Bantuan Pakaian
Sekolah tersebut. Dana Bantuan Pakaian Sekolah
tersebut diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi meringankan beban
golongan berpendapatan rendah untuk membeli pakaian dan keperluan persekolahan
anak-anak.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga hadir untuk membuat liputan
dan penggambaran dan liputan majlis tersebut akan disiarkan di televisyen RTM 1
-slot Berita Wilayah pada jam 5 petang pada 5 Januari 2012.
Langgan:
Catatan (Atom)