Rabu, 30 Mei 2012

JKKK JALAN TEKUKUR JOHAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KAMPUNG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2011/2012

30 Mei 2012 (Rabu), Syukur Alhamdulillah, penat jerih Warga Jalan Tekukur & JKKK Jalan Tekukur sepanjang persiapan pertandingan berlangsung dari bulan Julai 2011 hingga bulan Mac 2012 akhirnya berbaloi kerana JKKK JALAN TEKUKUR telah dinobatkan secara rasmi sebagai JOHAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KAMPUNG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2011/2012 (KATEGORI DALAM KAWASAN OPERASI PBT).

Majlis penyampaian hadiah pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar Terengganu yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Jalan Sultan Omar. JKKK Jalan Tekukur menggondol hadiah wang tunai RM25,000.00 serta Hadiah Berupa Projek Bernilai RM250,000.00 sebagai Johan pertandingan. JKKK Jalan Tekukur juga menggondol 4 dari 6 hadiah Kategori yang dipertandingkan iaitu RM1,000.00 setiap kategori. Kategori yang telah dimenangi adalah Kategori Keceriaan Landskap, Kategori Kebersihan Persekitaran Dalam Kawasan Kampung, Kategori Kepimpinan dan Kategori Kawalan Vektor. Hadiah lawatan bermaklumat keluar negara juga menanti AJK JKKK Jalan Tekukur.

Semoga dengan kemenangan ini, akan membakar lagi semangat JKKK Jalan Tekukur dan Warga Jalan Tekukur untuk memajukan kampung dari segenap aspek serta membakar semangat untuk menyertai pertandingan yang akan datang. Semoga JKKK Jalan Tekukur terus MAJU JAYA.... JKKK JALAN TEKUKUR, "KAMPUNG DALAM BANDAR".